Semoga semuanya sihat selalu ..
Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk terus berada di bumi Allah s.w.t ..
Masih diberi peluang untuk berkongsi kebaikan di dunia dan diakhirat ..
Bila bercerita soal rezeki , pasti ada diantara kita berfikir , rezeki apa yang aku dapat harini ?
Rezeki anak ? rezeki kerja ? rezeki pasangan ? rezeki ibu bapa ? dan sebagainyaaa
Syukurrrr alhamdulillah jika masing masing mempunyai rezeki yang melimpah ruah dari pelbagai aspek ..
Tapi mana datangnya rezeki itu jika tiada usaha ? Allah melimpahkan rezekiNya kepada kita dengan melihat usaha yang kita lakukan . Penat lelah yang kita lakukan sepanjang hari , setiap waktu , setiap saat , bertungkus lumus mencari rezeki untuk gembirakan hati ibu bapa dan diri sendiri .. itu semua USAHA , dan Allah Maha Melihat . Dia tahu usaha kita , dan rezeki kita bergantung kepada kehendakNya..
Tiada Rezeki Yang Datang Bergolek
Pernahkah kita melihat seseorang yang tidak bekerja , duduk goyang kaki , tunggu duit jatuh dari langit , diberikan rezeki oleh Allah ? TAK PERNAH kan ?
Tiada rezeki yang datang bergolek, tiada wang yang jatuh dari langit , takkan pernah ada duit terpijak kalau tak ada usaha ke arah mencari rezeki .
Sunnah Allah dalam Rezeki
Qadar Allah berkaitan dengan ilmu, kehendak dan kuasa Allah. Ia adalah rahsia Allah. Maka, kita tidak dituntut untuk membicarakan perkara yang Allah tentukan dan lakukan. Sebaliknya, kita sendiri akan ditanya tentang perkara yang kita usahakan.
Firman Allah Taala, maksudnya : "Dia(Allah) tidak sekali-kali disoal tentang perkara yang dilakukan-Nya, sedangkan merekalah yang akan disoal." (Surah al-Anbiya' 21:23)
Oleh sebab itu, apa-apa yang ditulis tentang rezeki tidak perlu dikaji dan diperbesarkan. Sebaliknya, apakah sunnah Allah dalam aspek rezeki tersebut? Sunnah Allah dalam aspek rezeki ialah rezeki tidak akan dapat melainkan dengan usaha. Makanan tidak akan terbang masuk ke dalam mulut jika kita tidak berusaha memegang dan menyuapkannya ke dalam mulut. Pasangan suami isteri tidak akan mendapat anak jika mereka tidak berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkannya. Duit tidak akan diperoleh jika kita tidak berusaha dan bekerja.
Inilah sunnah Allah dan dasar ini sudah jelas dan pasti. Begitu juga dengan perintah syarak dan memerintahkan kita agar berusaha mencari rezeki. Nas-nas al-Quran dan hadis sarat dan padat dengan perintah agar berusaha mencari rezeki.
Contohnya, Sayidina Umar al-Khattab yang menjawat jawatan khalifah melihat segelintir umat Islam yang masih duduk di dalam masjid selepas selesai solat fardu Jumaat. Ketika itu, majoriti umat Islam yang lain sudah meninggalkan masjid untuk bekerja. Lalu, beliau bertanya tentang keadaan mesej. Mereka menjawab bahawa mereka adalah golongan yang bertawakal.
Namun, Umar menjelaskan kesilapan mereka dengan menyatakan :
"Bahkan kamu semua adalah golongan yang makan bersama-sama(dengan rezeki hasil kerja orang lain). Janganlah seseorang daripada kamu duduk dan tidak berusaha untuk mencari rezeki, sedangkan dia tahu bahawa langit tidak menurunkan emas dan perak."
Catatan kisah ini menggambarkan kesilapan segelintir golongan yang bertawakal tanpa apa-apa usaha. Ini bukankah tawakal yang benar kerana ia perlu didahului dengan usaha. Itulah yang sepatutnya!
''Allah akan berikan rezeki kepada seluruh manusia,
TETAPI
rezeki yang melimpah ruah adalah untuk orang yang
berusaha''
DOA MURAH REZEKI

KENAPA REZEKI SUSAH NAK MASUK ?

Kalau ada yang rasa rezeki tuhh susah nak masuk , ubahlahh cara berfikir tuh , in sha allah , akan dipermudahkan urusan dunia akhirat . Amin
ANTARA AMALAN PEMBUKA PINTU REZEKI

Ketahuilah, Ini 4 Cara Allah Memberi Anda Rezeki, Menurut Al-Qur'an
Diterangkan dalam Al-Qur'an, ada 4 cara Allah SWT memberi rezeki kepada makhluk-Nya:
1.Tingkat rezeki pertama, iaitu yang dijamin oleh Allah
“Tidak suatu binatang pun (termasuk manusia) yg bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin oleh Allah rezekinya.”(QS. Hud: 6). Artinya Allah akan memberikan kesihatan, makan, minum untuk seluruh makhluk hidup di dunia ini. Ini adalah rezeki dasar yang terendah.
2.Tingkat rezeki kedua, iaitu yang didapat sesuai dengan apa yang diusahakan
“Tidaklah manusia mendapat apa-apa kecuali apa yang telah dikerjakannya” (QS. An-Najm: 39).
Allah akan memberikan rezeki sesuai dengan apa yang dikerjakannya. Jika ia bekerja dua jam, dapatlah hasil yang dua jam. Jika kerja lebih lama, lebih rajin, lebih berilmu, lebih sungguh-sungguh, ia akan mendapat lebih banyak. Tidak pandang dia itu muslim atau kafir.
3.Tingkat rezeki ketiga, iaitu rezeki lebih bagi orang-orang yang pandai bersyukur
“… Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim: 7)
Inilah rezeki yang disayang Allah. Orang-orang yang pandai bersyukur akan dapat merasakan kasih sayang Allah dan mendapat rezeki yang lebih banyak. Itulah Janji Allah! Orang yang pandai bersyukurlah yg dapat hidup bahagia, sejahtera dan tentram. Usahanya akan sangat sukses, karena Allah tambahkan selalu.
4.Tingkat rezeki keempat, iaitu rezeki istimewa dari arah yang tidak disangka-sangka bagi orang-orang yang bertakwa dan bertawakal pada Allah SWT
“…. Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yg tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (QS.Ath-Thalaq:2-3)
Yang penting , dalam apa jua kerja yang kita lakukan , apa jua jenis sedekah kita berikan , jangan pernah mengungkit kerana rezeki Allah itu luas seluas luasnyaaa , ucapkan ALHAMDULILLAH UNTUK SETIAP PERKARA YANG KITA LAKUKAN , IKHLASKAN HATI DAN IN SHA ALLAH KITA BAKAL PEROLEH REZEKI YANG KITA TAK JANGKA ..
IN SHA ALLAH
AMIN
No comments:
Post a Comment